Resepi lempeng ringkas, penyelamat nyawa......

Adoyai, isteri abang outstation, pepagi bangun anak2 dah sibuk kelaparan, jangan takut, jom kita masak lempeng.





Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung
1 cawan susu cair
4 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit butter untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Campur kesemua bahan tadi, dan gaul sehingga sebati.
2. Panaskan kuali leper dengan sedikit butter, dan letakkan dalam sesenduk kecil adunan tadi.
3. Ratakan adunan.
3. Goreng sehingga garing kuning keemasan. Api dapur jangan besar sangat.
4. Siap. Ulang sehingga habis kesemua adunan.

Boleh makan dengan sos, sambal, madu, gula, ikut selera kita lah. Makan kosong pun sedap.

Anak-anak abang suka cecah susu manis...

Selamat Mencuba...

Comments