Jangan Buang Nasi, Meh Tengok Resepi Jemput2 Nasi

Jemput-Jemput Nasi Sosej



Jangan membazir, kengkadang masak nasi 2, 3 pot. Tapi time tu selera tak berapa sangat, so nasi pun tak habis. Jangan dibuang. Gunakan sedikit kreativiti anda. Ni abang nak kongsikan cara-cara nak buat jemput2 nasi.

Bahan-Bahan
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 cawan air
  • 2 batang sosej potong dadu
  • 1 biji bwg besar ~ didadu (Kalau anak2 tak suka, tak payah masukkan)
  • 1/2 cawan atau segengam ikan bilis yang siap dibersihkan
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 mangkuk sederhana hirisan halus kubis (boleh ganti dengan taugeh atau campuran apa2 sayur yang dirasakan sesuai) *Ni pun bebudak tak suka, boleh skip.
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis & kisar sebati. Tuangkan bahan kisar ke dalam sebuah bekas mengadun.
  2. Masukkan tepung gandum, garam, sosej & sayur ke dalam bekas berisi bahan-bahan kisar tadi...gaul sebati.
  3. Panaskan minyak dan goreng adunan sebiji2 menggunakan sudu ke dalam minyak panas hingga garing kedua2 belah.
  4. Sedia dihidangkan dengan sos kegemaran.

Selamat mencuba!

Comments